Hinduisme Pandangan agama tentang bunuh diri

Dalam Hinduisme, membunuh diri dianggap sebagai sama sahaja dosanya dengan membunuh orang lain. Kitab-kitab umumnya mengatakan bahawa kematian melalui bunuh diri (dan sebarang kematian ganas) mengakibatkan seseorang menjadi hantu. Bagaimanapun, agama Hindu menganggap bahawa membunuh diri melalui puasa di bawah berbagai-bagai keadaan yang tertentu dapat diterima. Amalan ini yang dikenali sebagai Sallekhana memerlukan terlalu banyak masa dan daya fikiran sehingga tindakan tersebut tidak lagi merupakan suatu tindakan mengikut gerak hati. Amalan tersebut juga memberikan masa untuk seseorang menyelesaikan semua urusan duniawinya, berfikir-fikir tentang kehidupan, serta mendekati diri dengan Tuhan.